Thursday, May 5, 2011

Malaysia sedia jadi destinasi reka bentuk perabot global

Malaysia, antara 10 negara utama dalam pembuatan perabot berkualiti dan bersedia diiktiraf sebagai destinasi bagi reka bentuk kreatif dan inovasi dalam industri perabot global, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Malaysia (Matrade) Datuk Noharuddin Nordin.

Beliau berkata, industri perabot negara kini berada pada kedudukan ideal bagi memenuhi permintaan lebih tinggi dan kreatif dengan pelbagai variasi.

“Setelah mengukir nama di arena perabot global, industri ini bergerak ke hadapan, memasuki bidang perabot reka bentuk canggih dan lebih kontemporari.

“Dengan teknologi moden, ia membolehkan negara mengeksport perabot kualiti lebih tinggi denganjumlah lebih besar.

Industri perabot meningkat setakuk lagi dan semakin menekankan reka bentuk, kreativiti dan inovasi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, enam syarikat Malaysia, diterajui Matrade, telah mengambil bahagian pada pameran perabot 1 Saloni 2011 di Milan, Itali, April lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: