
Sasaran jualan itu dijangka mampu dicapai menjelang akhir tahun.
Wakil Pengurusnya di Malaysia, Tan Keng Aun berkata syarikatnya memperuntukkan RM300,000 bagi tujuan memperkenalkan Xamiol untuk kalangan doktor dan pengamal am.
Menurutnya, Psoriasis kulit kepala menyerang dua peratus penduduk Malaysia dan tanda biasa termasuk tompok merah bersisik putih keperakan dan pengelupasan seperti kelemumur yang timbul pada kulit kepala.Jika tidak dirawat mungkin merebak ke dahi, tengkuk atau di belakang telinga.
Pakar dermatologi perunding Pantai Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Gleneagles, Dr Steven Chow, berkata psoriasis kepala merupakan penyakit kronik.
Chow berkata Xamiol adalah gel jernih tanpa bau yang terbukti secara klinikal sebagai ubat untuk mengurangkan tanda awal.
“Ia digunakan dari minggu pertama dan pesakit dinasihat supaya terus menggunakannya selama empat minggu seperti dicadangkan untuk mencapai hasil optimum,”katanya.
Xamiol, dipasarkan oleh DKSH Malaysia Sdn Bhd, berharga RM90 bagi 15 gram dan boleh didapati dengan preskripsi sahaja.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: