Sunday, May 1, 2011

Mulan tinggal di rumah Ahmad dhani


Mulan


PENYANYI, Mulan Jameela masih sukar untuk ditemui sejak dilaporkan melahirkan seorang bayi perempuan pada 26 Februari lalu.

Menurut pengakuan seorang sumber rapatnya, Mulan dilihat lebih kerap

berada di rumah penyanyi terkenal kumpulan Dewa, Ahmad Dhani.

‘’Selepas bersalin, Mulan dan anaknya dilihat kerap berada di rumah Ahmad Dhani,’’ kata sumber tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan.

Selama ini berita tentang kehamilan artis tersebut masih belum sahih namun sumber tersebut mengaku melihat Mulan sedang mengandung.

‘’Berita mengenai Mulan mengandung dan melahirkan bayi perempuan itu adalah benar, saya sendiri melihat keadaan Mulan ketika sedang sarat mengandung,’’ tambah sumber tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: