Sunday, May 1, 2011

Lohan berang dihukum penjara


Lindsay Lohan


PELAKON bermasalah, Lindsay Lohan berang hukuman yang dikenakan terhadapnya kerana didapati bersalah mencuri tahun lepas.

Lohan dijatuhkan hukuman penjara selama 120 hari kerana melanggar perintah parol, namun dia dibebaskan beberapa jam kemudian selepas menjalani hukuman tersebut apabila permohonan rayuan ke atas hukuman itu di luluskan.

Penyanyi yang berusia 24 tahun itu juga akan bertugas sebagai penjaga sebuah bilik mayat di Los Angeles sebagai sebahagian daripada hukuman khidmat masyarakatnya selama 480 jam.

Lohan dikenakan hukuman tersebut selepas mahkamah pada Jumaat lalu mendapati dia bersalah atas tuduhan mencuri sekalung rantai bernilai AS$2,500 (RM7,500) dari sebuah kedai barangan kemas di sini pada tahun lepas.

‘’Lohan berada dalam keadaan baik, namun dia sangat marah dan sedih terhadap hukuman yang diterimanya,’’ kata kawan rapat penyanyi itu, Nathan Folks.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: