MEMANG benar!Jaguh keirin negara, Azizulhasni Awang (atas) secara terbuka membuat pengakuan, semalam betapa wujud 'sifat cemburu' pada Josiah Ng berhubung isu perebutan tempat ke Sukan Olimpik 2012.
“Sebenarnya semasa Olimpik 2008 di Beijing kami sudah tahu mengenai peraturan baru kelayakan ke Olimpik London. Tapi saya rileks saja yang agak khuatir adalah Josiah yang banyak memikirkan peraturan itu,” katanya.
Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF), Datuk Naim Mohamad turut senada dengan luahan hati pelumba itu yang sekali lagi menerangkan hanya mereka yang terbukti hebat akan diberi tiket mewakili negara apabila sampai waktunya.
“Memang ada sebelum ini Josiah pernah nak adakan pertandingan bagi cara memilih pelumba yang akan ke Olimpik. Namun bagi kami, penilaian nanti akan dibuat berdasarkan prestasi terbaik,” katanya, yang turut memaklumkan senarai pelumba yang mewakili negara akan diketahui selepas 8 April tahun depan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: