Wednesday, May 4, 2011

Maut semasa kejar penduduk


ORANG ramai melihat keadaan kereta Proton Waja yang terbabas ke dalam parit di Ledang, Johor semalam.


LEDANG - Mayat seorang lelaki ditemui di dalam sebuah kereta Proton Waja yang terbabas ke dalam parit di Parit Keliling, Kesang Laut di sini semalam.

Ketika dijumpai oleh penduduk kampung, mangsa berusia 30-an itu berada di bahagian tempat duduk pemandu kereta tersebut yang ketika itu dalam keadaan terbalik.

Kenderaan itu didakwa terbabas selepas ia cuba mengejar kereta seorang penduduk yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Jalan Bakri, Muar kira-kira pukul 3 pagi.

Penduduk tersebut, Ahmad Akmal Afiq Zainal, 18, mendakwa, pemandu kereta Proton Waja itu secara tiba-tiba cuba memintas keretanya di Jalan Kesang di sini.

"Saya tidak tahu punca dia berbuat demikian. Akibat bimbang menjadi mangsa samun, saya terpaksa memecut laju sehingga gagal dikejar oleh pemandu kereta itu dan kemudian pulang ke rumah di Parit Keliling," katanya yang bekerja sebagai juruteknik kilang.

Ujarnya, dia terkejut apabila diberitahu oleh bapanya mengenai penemuan kereta terbabit pada pukul 7.30 pagi semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: