
KUALA LUMPUR – Kerajaan bersedia berbincang dengan pemain industri teknologi hijau termasuk institusi kewangan bagi mengatasi masalah pembiayaan pelaburan berasaskan teknologi hijau yang dikatakan ‘bergerak’ terlalu perlahan.
Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, ini dapat dilihat daripada peruntukan dana sebanyak RM1.5 bilion untuk Skim Kewangan Teknologi Hijau tahun lalu, kurang daripada 20 peratus daripada nilai berkenaan telah diagihkan.
“Malah inisiatif kerajaan yang menawarkan untuk menanggung sebanyak dua peratus daripada jumlah faedah atau keuntungan dan memberi jaminan sebanyak 60 peratus daripada jumlah pembiayaan, manakala 40 peratus lagi ditanggung institusi kewangan juga tidak dilihat sebagai faktor penggalak kepada pertumbuhan pembiayaan yang lebih banyak.
“Sehingga kini, nilai yang telah diluluskan untuk pembiayaan tersebut daripada pihak bank hanyalah sebanyak RM204 juta,” katanya pada majlis pelancaran Program Pembiayaan Teknologi Hijau Malaysian Debt Ventures Bhd. (MDV) serta perjanjian persefahaman antara MDV dengan Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia) di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: