Friday, May 27, 2011

Makanan Cina tanpa was-was




MASAKAN Cina sudah tidak asing di kalangan orang Melayu kerana semakin banyak restoran halal yang menawarkan sajian tersebut.

Terbaru Restoran Fish Castle yang menyediakan pelbagai jenis menu menarik menggunakan 100 peratus isi ikan parang segar sebagai bahan utama dalam menu masakan Cinanya.

Restoran yang terletak di Uptown Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor ini, yang berstatus halal dengan pengiktirafan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan telah beroperasi sejak tiga tahun lalu.

Pengurus nya Muhd. Haikal Tang mengakui, semua jenis makanan yang terdapat di restoran tersebut menggunakan ikan segar dari Terengganu dan Indonesia sebagai bahan utama.

"Ikan parang dipilih sebagai bahan utama kerana isinya yang manis dan lazat," katanya.

Selain itu, ia juga menggunakan konsep masakan asli 60-an berasaskan bebola ikan Teow Chew.

Boleh dikatakan kesemua menu dihidangkan dengan bebola ikan yang rasanya segar dan enak.

"Di sini, cara dan penyediaan makanan dan bahan yang digunakan untuk memasak adalah menggunakan resipi 60-an.

"Semua jenis makanan di sini halal dan amat sesuai dimakan oleh semua kaum, sama ada yang beragama Islam atau sebaliknya.

"Selain itu, kami juga menitikberatkan masakan yang sihat kepada pengunjung kerana tiada penggunaan bahan perisa makanan (MSG) dan juga bebas daripada asid borik,"katanya.

Bercakap mengenai menu menarik di restoran itu, Haikal menjelaskan terdapat tiga jenis hidangan mi yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan iaitu mi celery, mi ikan buatan sendiri dan mi home land yang dihidang bersama sup atau bergoreng.

Tidak lengkap sesuatu hidangan jika tidak merasa minuman ataupun pemanis mulut.

Di Fish Castle, pengunjung boleh memilih untuk mencuba minuman tradisional yang mempunyai khasiat untuk menyejukkan badan iaitu double boil winter melon.

Minuman ini menggunakan campuran buah kundur, kembang semangkuk, longan dan tembikai Cina sebagai bahan utamanya.

Selain itu, pencuci mulut barley fu chuk gingko juga enak untuk dicuba sebagai penyudah sesi menjamu selera.

Menariknya, restoran ini turut menyediakan nasi tomato, mi rebus dan nasi lemak bagi mereka yang gemarkan masakan tradisional Melayu.

Sebarang maklumat lanjut mengenai restoren ini, bolehlah menghubungi 03-77250462.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: