Friday, May 27, 2011

Pusat sehenti perabot


Perabot Oriental juga boleh di peroleh di Viva Home.


ALANGKAH moleknya sekiranya terdapat satu ruang atau bangunan yang dikhaskan untuk menempatkan semua perabot atau alat perkakasan rumah.

Ia sudah tentu akan memudah pengguna untuk memilih dan membeli kelengkapan rumah mereka terutama perabot.

Konsep itu yang diketengahkan oleh Viva Home yang merupakan sebuah kompleks membeli-belah khusus untuk pelbagai peralatan rumah dan perabot di bawah satu bumbung.

Sebut sahaja apa yang anda kehendaki semuanya boleh didapati. Dari keperluan untuk mangkuk tandas, tilam dan katil, almari, alat kelengkapan rumah, perhiasan, kelengkapan dapur sehinggalah keperluan anak-anak di bilik tidur semua boleh didapati hanya dengan mengunjungi satu tempat sahaja.

Bagi mereka yang suka membuat sendiri kelengkapan rumah atau D.I.Y ia turut disediakan.

Pilihan barangan dan peralatan untuk keperluan rumah tangga turut menampilkan jenama antarabangsa seperti Lorenzo, Star Living, Bina Ware House, Kitchmate, Vilano, Cosway dan sebagainya.

Terletak di Menara Uncang Emas (UE3), 85, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, kompleks membeli-belah setinggi lima tingkat itu boleh didatangi dengan mudah kerana terletak berhampiran jalan utama.

Malah ia turut menyediakan tempat meletak kenderaan yang luas untuk pelanggan.

''Apa sahaja keperluan anda, jawapannya ada di sini. Pelanggan tidak perlu bersusah-payah pergi dari satu tempat ke satu tempat. Cukuplah dengan mengunjungi tempat ini, anda boleh membuat pilihan sendiri.

''Viva Home telah dibuka pada April lalu dan pelancarannya akan dilakukan pada Jun ini.

"Ia menepati semua cita rasa, keperluan dan bajet keluarga yang berkunjung ke sini," jelas Penolong Pengurus Besar Viva Mall Sdn. Bhd., Carrie Kon.

Katanya, dengan pelbagai pilihan yang disediakan pelanggan pastinya dapat membuat keputusan dengan lebih selesa sambil menikmati pemandangan yang menakjubkan dari satu kedai ke kedai lain mengikut zon-zon yang telah ditetapkan.

''Sekiranya anda penat berjalan, singgah sahaja ke restoran-restoran kami untuk mengisi perut dan membasahkan tekak premis seperti Kenny Rogers Roaster, Subway, Garden Cafe dan sebagainya," kata beliau.

Bukan itu sahaja, di tingkat satu Viva Home menempatkan koleksi perabot antik dan barangan dari Cina, pakar teh Cina dan zon untuk ICT, lampu serta gajet elektronik.

Terdapat dua dewan ekspo yang dengan keluasan setiap satu 10,000 meter persegi dan 8,000 kaki persegi.

Menurutnya, pada 26 hingga 29 Mei ini akan berlangsung pameran dapur dan bilik mandi impian. Sementara 27 Mei hingga 5 Jun pula akan berlangsung jualan gudang buku Popular.

Viva Home boleh dihubungi menerusi 03-9281 3888 atau layari www.vivahome.com.my.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: