Sunday, May 29, 2011

Hotel, restoran berentap memasak


PARA peserta menyiapkan masakan masing-masing pada pertandingan memasak berasaskan tiram sempena Karnival Halal Kelantan di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Karnival Halal Kelantan 2011 bermula semalam dengan menarik kedatangan beribu pengunjung di Kompleks Islam Darul Naim di sini semalam.

Karnival dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan DagangHalal.com.

Kosmo! adalah akhbar rasmi karnival tersebut.

Sebanyak 80 gerai mengambil bahagian pada karnival selama tiga hari itu yang berakhir esok.

Sementara itu, antara aktiviti menarik yang diadakan semalam adalah pertandingan memasak berasas- kan tiram anjuran Jabatan Perikanan Negeri Kelantan.

Pada pertandingan itu, sebanyak 10 buah hotel dan restoran berentap menonjolkan kepakaran chef masing-masing.

Para peserta terdiri daripada Hotel New Pacific, Hotel Ridel, Rashi- dah Restoran, Hotel Raudah, New Horizon Garden, Perdana Resort dan Zubaidah Restoran.

Tidak ketinggalan The Seasons Restaurant, Shahana Thai Food Restaurant dan Four Seasons Restaurant.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: