Wednesday, May 4, 2011

Kementerian nafi khabar angin


SAIFUDDIN beramah mesra dengan sebahagian pelajar Sekolah Menengah Sains Tengku Faris Petra selepas memberi motivasi kepada mereka di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Kementerian Pengajian Tinggi menafikan khabar angin kononnya akan menutup Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) Nilam Puri di sini dalam tempoh terdekat.

Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, sebaliknya, kementerian dan pengurusan UM sedang mengkaji untuk memperkasakan akademi tersebut yang banyak berjasa kepada ilmuwan Islam di negara ini selain merupakan institusi pengajian tinggi yang mempunyai sejarah tersendiri di Kelantan.

Antara kajian itu ialah bagaimana untuk memperluaskan lagi fungsi akademi tersebut yang bukan sahaja menyediakan pelajar untuk pengajian Islam tetapi melahirkan pelajar yang boleh menguasai bahasa Arab bagi menyambung pelajaran mereka ke Universiti Al-Azhar, Mesir.

"Kita melihat apakah Nilam Puri boleh menyediakan kursus bahasa Arab dengan kerjasama Universiti Al-Azhar seperti yang disyaratkan universiti berkenaan kepada pelajar yang lulus bahasa Arab sahaja," katanya selepas memberikan ceramah motivasi kepada pelajar Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: