Wednesday, May 4, 2011

Simpang 5 FC sasar juara kategori lelaki bawah 18


PASUKAN Simpang 5 FC akan menyertai kategori bawah 18 dan terbuka lelaki pada kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo!.


KUALA LUMPUR - Pasukan Simpang 5 FC meletakkan sasaran tinggi apabila mahu menjuarai kategori lelaki bawah 18 pada kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011.

Keyakinan itu dilaungkan oleh pengurus pasukan, Hezri Kusrin yang yakin pemain-pemainnya mampu menunjukkan permainan terbaik dalam kategori itu.

"Berbanding kategori lain yang cabarannya lebih sengit dan banyak pasukan berpengalaman, kategori lelaki bawah 18 lebih seimbang dan terbuka.

"Saya percaya kesemua pemain bawah 18 tahun mempunyai kemahiran yang tidak banyak bezanya. Sebab itu saya menaruh keyakinan pasukan kami boleh muncul juara," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kejohanan yang dianjurkan buat kali kedua itu akan diadakan dari 26 hingga 29 Mei ini.

Menurut Hezri, pasukan Simpang 5 FC yang berasal dari Dengkil, Selangor akan turut menghantar wakil dalam kategori Terbuka Lelaki.

"Pada kejohanan tahun lalu, kami hanya layak ke saingan kalah mati.

"Kali ini kami akan menurunkan dua pemain berpengalaman yang dapat menyuntik keyakinan kepada para pemain lain," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: