Saturday, May 28, 2011

Keceriaan musim bunga Jaspal


Jaspal menampilkan beberapa pilihan untuk bersantai dengan rekaan yang lebih ceria.


JASPAL meraikan musim bunga baru-baru ini dengan penuh ceria. Manakan tidak, koleksi kali ini berkonsepkan suai padan untuk lelaki dan wanita, sekali gus menyerlahkan keterampilan diri mereka dalam sekelip mata.

Koleksi kali ini menampilkan elemen seksi dan feminin bagi wanita era 70-an. Penggunaan jean ketat dan skirt serta kemeja menambahkan lagi gaya terutama apabila anda berada di tempat kerja.

Tidak terhad di situ, Jaspal juga menampilkan beberapa pilihan untuk bersantai dengan rekaan yang lebih ceria, bercorak, berbunga dengan gaya menawan ala desa, menggunakan fabrik denim dan sebagainya.

Untuk lelaki juga, Jaspal memperkenalkan jaket, baju panas yang boleh dipadankan dengan kemeja lurus dan baju-T untuk penampilan yang kemas dan bergaya sepanjang minggu. Mungkin ada yang berkata jaket tidak sesuai untuk musim ini tetapi kenapa tidak apabila ia sebenarnya boleh dipakai pada waktu malam.

Pengurus Pemasaran Jaspal Malaysia, Annie Wong berkata, Jaspal direka khusus untuk lelaki serta wanita untuk tampil lebih yakin dan moden.

"Koleksi kali ini amat mudah untuk dipadankan dengan pakaian setiap orang. Penampilan segak dan profesional untuk ke pejabat dan penampilan santai dan selesa pada hujung minggu. Pendek kata, ia satu koleksi yang sempurna untuk lelaki dan wanita yang aktif," ujarnya.

Koleksi musim bunga dan panas 2011 Jaspal menampilkan tiga ciri utama iaitu Gaya Tahun 70-an, Bunga Segar dan Terang & Segar.

Pakaian musim ini dijual pada harga RM75 hingga RM199 untuk pakaian atas, RM129 hingga RM209 untuk seluar dan skirt.

Bagi yang berminat, boleh dapatkannya di butik Jaspal di Pavilion, One Utama, Mid Valley dan Sunway Pyramid.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: