Wednesday, May 4, 2011

Kalau Aku Bukan Artis?



Zizan: Kalau saya bukan artis, saya kini mungkin bekerja di pelantar minyak di Terengganu kerana sebelum saya menyertai Raja Lawak saya mengikuti pengajian dalam bidang itu.

Selain itu, saya minat untuk berniaga. Bagaimanapun, minat dalam bidang seni sudah wujud sejak kecil sebab saya suka menyanyi, menari, berlakon.

Sekarang, saya bersyukur dengan apa yang saya kecapi hasil sokongan peminat, rakan media. Malah, saya tidak menjangkakan mempunyai kelab penyokong sendiri seperti sekarang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: