Wednesday, May 4, 2011

Laluan berliku Ahmad Idham



Perubahan itu perlu supaya seseorang individu tidak berada di takuk lama. Demikianlah prinsip yang dipegang oleh pengarah terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri sewaktu mula bertapak di bidang pengarahan.

Umum mengetahui, Idham bermula sebagai pelakon dengan membintangi pelbagai drama dan fi lem antaranya Cinta Antara Benua, Cinderella dan Spanar Jaya.

Namun, kegawatan ekonomi pada penghujung 1990-an membuatkan periuk nasinya sebagai pelakon terjejas.

Gusar dengan bidang lakonan yang tidak menjanjikan jaminan masa depan, Idham mula mencari tapak lain agar dia dapat terus kekal dalam industri seni.

Lantas, anak jati Kedah ini mengambil keputusan untuk beralih sebagai pengarah
dan penerbit.

Menyingkap pembabitan awalnya, Idham berdepan laluan getir kerana kurang ilmu di dada.

Namun, Idham bertuah kerana pengalamannya sebagai pelakon banyak membantu.
“Pada mulanya, pelbagai cacian diterima daripada mereka yang tidak percaya kemampuan saya mengarah.

“Saya anggap itu semua lumrah anak seni. Lebih penting adalah saya tidak patah semangat untuk mendapatkan kepercayaan itu,” katanya.

Setelah enam tahun tekun menimba ilmu, akhirnya Idham mendapat peluang daripada penerbit Kuasatek Pictures, Mohd Noor Kadir untuk mengarah drama Berakhirnya Sebuah Ramadhan (1999).

Dari drama, Idham melangkah setapak lagi apabila fi lem pertama arahannya, Mr Cinderella (2002) membolehkannya bekerja dengan nama besar seperti Erra Fazira, Yusry dan Bade Hj
Azmi.

Kini, Idham boleh berbangga kerana lebih 20 fi lem sudah diarahnya termasuklah fi lem box-offi ce Remp-It, Jangan Pandang Belakang, Adnan Sempit dan Memiliki Ijazah Sarjana
Muda Perakaunan, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Pernah meraih trofi Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular 1999. Tercalon sebagai Pengarah Filem Terbaik dalam FFM sebanyak empat kali

Tipnya jadi pengarah berjaya ialah perlu berpegang teguh kepada pendirian Idham juga menasihatkan agar jangan khianati orang lain jika ingin berjaya. Filem arahan terbarunya, Hantu Bonceng bakal ke pawagam Aidilfi triini.

Malah, dia juga memiliki syarikat sendiri, Excellent Pictures Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 2000 sebagai bukti kesungguhan dirinya.

Berkongsi rahsia kejayaannya mengarahkan filem yang mendapat sambutan, Idham berkata, dia amat mementingkan selera penonton.

“Saya memastikan setiap filem arahan saya mempunyai plot cerita yang bagus dan boleh menarik penonton ke pawagam.

“Sekiranya penonton tidak suka, tiada gunanya sesebuah fi lem itu dihasilkan,” katanya.

Bakal bergelar doktor dalam tempoh dua tahun lagi, Idham kini menyambung pelajaran
di peringkat PhD Industri di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Baginya, inisiatif itu diambil sebagai satu interpretasi usahanya dalam membantu mempertingkatkan industri perfi leman tempatan.

“Hari ini ramai yang berjaya tetapi tidak menyumbangkan ilmu dimiliki kepada industri.

“Saya berharap dapat memperturunkan ilmu yang ada supaya negara kita tidak kekurangan pengarah pelapis,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: