jangan lupa klik disini Loading page Loading page

Wednesday, May 4, 2011

Bank Muamalat tawar skim pinjaman

Pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dipelawa mendapatkan pembiayaan untuk mengembangkan perniagaan daripada Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Musa Abdul Malek berkata mereka boleh memohon melalui Skim Jaminan Usahawan Mara (SJUM) dan Skim Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) yang menawarkan pembiayaan antara RM50,000 dan RM2 juta.

“Sebanyak RM90 juta diperuntukkan di bawah skim SJUM manakala sebanyak RM3 bilion bagi skim SJPP,” katanya.

Musa berkata bagi mempercepatkan kelulusan, mereka perlu mengemukakan permohonan lengkap mengikut syarat ditetapkan.

Sementara itu, Mohd Ali berkata kerajaan Melaka melalui agensinya mengambil inisiatif membantu usahawan PKS.

Beliau berkata kerajaan negeri sedang membantu usahawan mengatasi kekangan yang dihadapi seperti pengurusan operasi, kewangan, pemasaran, perkhidmatan, penggunaan teknologi, tenaga kerja mahir dan separuh mahir.

1 comment:

  1. betul ke mudah pinjaman ni, kalau betul kol sy 0175496783

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: