Sunday, May 29, 2011

Bapa latih anak berpidato untuk uji bakat


ZAIDI (kiri) memberi kata-kata perangsang kepada Siti Khadijah sebelum diuji bakat bagi program Adik-Adikku di Karnival Halal Kelantan di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Uji bakat kanak- kanak bagi program televisyen bercorak keagamaan, Adik-Adik- ku musim ketiga yang berlangsung di Karnival Halal Kelantan di sini semalam mendapat sambutan menggalakkan daripada para pengunjung.

Mereka bukan sekadar memberikan kata-kata perangsang dan setia menemani anak-anak, bahkan turut melatih anak-anak mereka berpidato dan bersyarah.

Antara aksi yang menarik perhatian adalah Mejar (B) Zaidi Ab. Halim, 39, yang asyik melatih anaknya, Siti Khadijah, 12, semen- tara menunggu giliran untuk diuji bakat.

Zaidi melatih anaknya sejak dua hari lalu setelah mengetahui mengenai program itu daripada anaknya yang kebetulan menonton iklan uji bakat di televisyen.

"Sebagai bapa, saya hanya memberikan sokongan atas minat anak saya dalam aktiviti seperti ini. Saya percaya menerusi aktiviti ini dia akan dibentuk menjadi insan yang lebih berkeyaki- nan," katanya.

Siti Khadijah pula berkata, bapanya selalu memberi sokongan kepadanya untuk komited melakukan sesuatu yang berfaedah sehingga berjaya.

"Kalau ada ayah pada mana- mana pertandingan, saya akan jadi lebih bersemangat. Ayah galakkan saya bersyarah secara spontan, sebab jika hafal teks, kalau lupa, susah.

"Dia cuma minta saya hafal sebuah hadis dan corakkan syarahan mengikut kreativiti sendiri," katanya yang merupakan anak sulung daripada lima beradik.

Sementara itu, seorang ibu, Mariah Tan, 45, pula berkata, beliau bergilir-gilir dengan suaminya menemani anak mereka, Arif Al-Hafiz Zulkifli, 10, untuk menjalani uji bakat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: