Wednesday, May 18, 2011

Hargai pendengar

ABDUL Rahim (tiga dari kiri) ketika melancarkan kenderaan Suria Wheels dan Red Ryders sambil diiringi Azrullah (dua dari kiri) dan Yusry (kiri).
ABDUL Rahim (tiga dari kiri) ketika melancarkan kenderaan Suria Wheels dan Red Ryders sambil diiringi Azrullah (dua dari kiri) dan Yusry (kiri).
Suria Wheels, Red Ryders bantu peminat sertai aktiviti luar

MENYEDARI persaingan semakin sengit stesen radio tempatan, tidak hairanlah apabila Suria FM dan Red FM mempergiatkan lagi usaha promosi mereka untuk terus mendapat perhatian pendengar. Walaupun menyedari jumlah pengikut mereka kian bertambah, usaha berterusan bagi meningkatkan lagi jumlah pendengar, seterusnya meluaskan pengaruh stesen terbabit, tidak pernah diketepikan.Tidak berapa lama dulu, Suria FM memperkenalkan penyampai baru yang juga pengacara, pelakon dan pelawak terkenal, Sharifah Shahirah atau Shiera untuk menceriakan lagi segmen Breakfast @ Suria. Kemudian, stesen terbabit menyaksikan pula pelancaran studio baru di Sabah yang dikenali dengan nama Suria FM Sabah.
Red FM juga turut sama melakukan perubahan dengan menampilkan penyampai baru iaitu Mynn, Linora dan Arnold, bakat yang dicungkil melalui peraduan Rudy’s Recruit.

Terkini, kedua-dua saluran radio terbabit melancarkan kenderaan terbaru yang digunakan khusus untuk aktiviti luar oleh kru Suria Wheels dan Red Ryders berjenama Cherry Tiggo di ruang legar Tropicana City Mall.

Jelas Ketua Pegawai Operasi Suria FM dan Red FM, Azrullah Mohd Noor, kenderaan dan kru Suria Wheels dan Red Ryders menggambarkan identiti kedua-dua stesen radio ini dan pembaharuan yang dilakukan menampakkan komitmen tinggi mereka untuk menghargai dan memberi peluang kepada pendengar setia mereka untuk turut serta dalam setiap aktiviti luar yang diadakan.

“Kami merencana pelbagai aktiviti menarik untuk pelanggan dan pendengar setia kami melalui Suria Wheels dan Red Ryders ini, termasuklah melakukan kempen dan promosi, selain menawarkan pelbagai hadiah menarik menerusi permainan yang diadakan setiap kali kru kami melakukan lintasan di lokasi terpilih," katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan.
Kenderaan berkenaan dilancarkan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri. Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Yusry Abu Samah.

Pengurus Pemasaran dan Korporat Komunikasi Suria FM, Ashleen Karim, pula berkata, pembaharuan dilakukan agar Suria FM dan Red FM tampak lebih segar, seterusnya menjadi platform untuk mereka memberi nafas baru kepada pendengar setia yang sentiasa menantikan kelainan.

Majlis pelancaran itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran barisan penyampai popular kedua-dua radio berkenaan termasuk Halim Othman, Shiera, Zizi, Rudy dan Arnold. Ia diserikan lagi dengan persembahan artis jemputan iaitu Juara Bintang Idola Berita Harian 2009, Shima, Adam serta Kumpulan VIP.

Pada majlis yang sama, turut diraikan ialah pendengar setia kedua-dua stesen ini yang juga pemenang bertuah peraduan Suria Wheels dan Red Ryders.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: