Sunday, May 29, 2011

Cinta Akem diganggu rakan baik




DULU Mohd. Hakim Othman hanya berangan mahu menjadi pelakon kerana minatnya menonton drama bersiri di kaca TV.

Hari ini impiannya sudah terlaksana apabila dapat peluang menimba pengalaman berlakon bersama banyak artis popular.

Wataknya tak besar tapi baginya cukup untuk membuka langkah dalam bidang seni.

Hakim atau lebih senang mambahasakan diri sebagai Akem salah seorang pelakon yang dibawa oleh Zeel Production menerusi drama Diary Summercamp yang dibintangi Shahir dan Rozita Che Wan.

“Biarlah saya bermula dari bawah. Kalau tiba-tiba terus dapat watak besar bimbang juga saya tak mampu memikulnya nanti.

“Kalau dah nampak kaku melakonkan watak besar, bimbang juga peluang lain akan terbantut.

“Saya kena sedarlah sebab saya bukanlah lahir dari mana-mana program realiti. Orang tak kenalpun dari mana saya muncul,” katanya kepada Pancaindera.

Selepas Diary Summercamp, Akem terus diberi kepercayaan melakonkan watak lebih berat dalam drama Anisah, juga terbitan Zeel.

Sekali lagi dapat peluang berlakon di samping Rozita serta Fiza Halim, Farahdhiya dan Lia Natalia.

“Saya harap suatu hari nanti saya akan dapat peluang berlakon dalam watak yang lebih mencabar.

“Untuk itu saya harus bekerja keras untuk menempatkan diri saya sebaris dengan pelakon popular hari ini,” katanya lagi.

Namun sebagai seorang yang masih menuntut, Akem tidak mahu mengabaikan pelajaran.

“Kalau penggambaran dibuat di luar Kuala Lumpur saya kena pastikan tak ganggu jadual kuliah,” kata penuntut jurusan senibina di Kolej Segi itu.

Dia juga bertuah kerana mendapat sokongan ibu yang begitu memahami kehendaknya yang meminati seni.

"Ada juga ibu perkenalkan saya kepada kawannya yang juga terlibat dalam bidang seni.

"Bila dapat sokongan ibu, saya rasa lebih bersemangat untuk membuktikan bahawa sokongannya tidak sia-sia," ujar Akem lagi.

Sebelum ini Akem pernah muncul sebagai pelakon tambahan dalam drama Epilog Syurga Cinta, Laila Ashikin, Opah Gaga dan beberapa lagi.

Ditebak pasal cinta, Akem enggan berbicara pasalnya. Tapi dia mengakui pernah lalui kisah pedih.

“Beberapa tahun lalu saya ada berkawan dengan seseorang. Hubungan itu tak ke mana kerana gangguan rakan baik saya sendiri.

“Kawan baik saya cuba mendekatinya. Saya tak sangka orang yang saya anggap kawan itu sanggup buat demikian.

“Selepas itu hubungan mereka tak ke mana pun,” imbaunya pasal kejadian di bangku sekolah itu.

Sebab itulah Akem mengambil sikap berhati-hati memilih kawan kerana dia payah membaca apa yang tersirat di dalam hati orang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: