Sunday, May 29, 2011

Ratu Kebaya menyusul di Melaka, Pahang


Ibu Halimah Shuib.


SAMBUTAN pertandingan Ratu Kebaya Pancaindera Mak Dara bermula sejak Mac lalu memang hangat!

Selepas Selangor, Pulau Pinang, Terengganu dan Putrajaya, pertandingan anjuran akhbar Mingguan Malaysia melalui sisipan Pancaindera ini akan diteruskan pula di negeri lain.

Jejak Ratu Kebaya seterusnya adalah di Taman Rempah Pengkalan Rama, Melaka pada 2 Julai dikuti program di Bera, Pahang (9 Julai).

Program akan meneruskan misi bagi mencari siapa yang layak untuk bersaing merebut gelaran Ratu Kebaya di kedua-dua negeri berkenaan.

Terbuka kepada semua wanita yang berusia 18 tahun ke atas, misi pertandingan adalah mencari wanita yang ceria, berbakat serta berkeyakinan tinggi untuk melayakkan mereka merangkul gelaran Ratu Kebaya.

Justeru, pertandingan telah dibuka kepada dua kategori iaitu kategori A bagi mereka yang mempunyai berat badan di bawah 59 kilogram dan kategori B bagi wanita yang memiliki berat badan 60 kilogram ke atas.

Untuk melayakkan anda menyertai bengkel kecantikan ini, peserta cuma perlu mendaftar sebanyak RM80.

Menariknya, setiap penyertaan akan menerima produk jamu Mak Dara, cenderahati iringan eksklusif, termasuk makan dan minum sepanjang bengkel diadakan.

Johan pertandingan Ratu Kebaya peringkat saringan ketiga ini akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM500, hamper tajaan Forest’ Secret bernilai RM500 termasuk cenderahati eksklusif Mingguan Malaysia.

Bukan itu sahaja, juara dari setiap negeri secara automatik layak ke peringkat akhir di Kuala Lumpur yang akan berlangsung secara gilang gemilang pada 3 Disember depan.

Bakal menjadi rebutan peserta di peringkat akhir ialah hadiah berupa wang tunai RM5,000, hamper serta pakej pelancongan ke Bali, Indonesia selama tiga hari dua malam, selain berpeluang menjadi model Jamu Mak Dara dan Forest’ Secret.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai program, apa tunggu lagi, hubungi 012-2518801 (Aida), 019-2247191 (Kelly), atau 017-3448644 (Athirah) untuk pertanyaan lanjut.

Dalam pada itu, selepas Melaka dan Pahang, beberapa lokasi lain seperti Port Dickson, Negeri Sembilan, Johor Bharu dan Kuala Lumpur akan dijalankan selepas sambutan Aidilfitri tahun ini.

Sebarang pertukaran tarikh dan makluman akan dipaparkan dalam akhbar ini dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: