Wednesday, May 11, 2011

Black melebarkan sayapnya apabila menerima tawaran berlakon drama.

Penyanyi popular dengan lagu Sofea Jane itu mengakui teruja apabila dapat berlakon. Sekalipun masih bertatih, namun Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md Hanafiah yakin dia mempunyai bakat sebagai pelakon.

Mencuba nasib sebagai pelakon dengan membintangi sebuah drama bersiri terbitan Grand Brillance Sdn Bhd.

“Saya teruja apabila ada yang nampak bakat saya sebagai pelakon. Untuk kali pertama ini, saya hanya membawa watak sama dengan diri saya, sebagai pemuzik.

“Ini langkah pertama saya. Saya masih baru dan belajar untuk jadi yang terbaik.

“Saya terima watak itu kerana ia dekat dengan diri saya, seorang pemuzik. Ia tidak begitu mencabar, tetapi cukup untuk saya belajar menjadi seorang pelakon,” katanya.

Sekalipun masih baru, Black berkata, dia pernah menerima beberapa tawaran berlakon filem, namun menolaknya secara baik kerana belum bersedia serta merasakan masih perlu belajar.
“Saya tak mahu tangkap muat. Saya mahu apa yang saya buat menjadi. Bila menyanyi, saya betul-betul menyanyi dan begitu juga berlakon,” katanya.

Drama bakal ditayangkan di saluran TV3 tidak lama lagi menunjukkan peningkatan dirinya dalam bidang seni.

Keutamaan masih dalam bidang nyanyian, Black berharap peminat dapat menerima dirinya sebagai pelakon.

“Saya masih sayangkan dunia nyanyian. Saya bermula sebagai penyanyi, tak mungkin akan meninggalkannya. Berlakon ni hanya untuk mengisi masa sahaja.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: