
Tekadnya ketika itu hanya ingin meneruskan misi dengan menggenggam segulung ijazah dalam bidang perundangan seterusnya memegang jawatan sebagai peguam.
Ia berhasil apabila dua tahun lalu, Lisa berehat selama setahun dalam bidang seni dan terbang ke Kota London untuk menamatkan pengajian di sana.
Pulang dengan segulung ijazah, namun Lisa semakin ligat di pentas lakonan. Sudah rezeki si manis ini apabila tawaran demi tawa-ran diperoleh.
“Tak ada niat untuk terus berlakon kerana ramai pelakon lebih berbakat daripada saya. Banyak kekurangan saya.
“Lagipun ini amanat arwah ayah untuk lihat saya mempunyai ijazah dalam bidang undang-undang.
“Cuma, belum tiba masanya untuk saya berdiri sebagai peguam. Buat masa ini, saya akan terus berlakon dan mengacara,” katanya yang dinobatkan sebagai pelakon harapan terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-21 tiga tahun lalu menerusi filem I’m Not Single bergandingan bersama Pierre Andre.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: