Wednesday, May 11, 2011

Si penari joget yang cantik

Menyusuri titian perjalanan pelakon veteran Datuk Rosnani Jamil, banyak pahit manis dilalui anak seni ini.

Menceritakan detik awal dirinya terlibat bidang seni, pelakon sinonim dengan panggilan Mak Nani ini berkata, peluang diberikan bapa saudaranya yang juga seorang pelakon bernama Malek Selamat.

“Ketika itu, pengarah Datuk L Krishnan sedang mencari pelakon baru. Selepas diberitahu saya bekerja sebagai penari di kelab malam Happy World, pengarah itu terus mencari saya.

“Selepas diuji bakat, saya terus menerima tawaran untuk memegang watak utama filem Lupa Daratan. Selepas itu, saya terus menjadi pelakon tetap dengan syarikat Shaw Brothers selama lima tahun,” katanya.

Mak Nani pada awalnya hanya pelakon gantian kepada seniwati Mariam Menado digam Shaw Brothers.

“Ketika itu mana-mana pelakon yang sudah menandatangani kontrak bersama Shaw Brothers tidak dibenarkan berlakon drama pentas.

“Jadi kerana sudah melanggar kontrak, saya menjadi pengganti dan bermulalah semuanya,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: