Tuesday, March 14, 2017

Pengarah 'Jurassic World 2' Kongsi Gambar Di Twitter



PENGARAH filem Jurassic World 2, J. A. Bayona berkongsi gambar di set pengambaran sekuel itu menerusi Twitter buat kali pertama.

Gambar berkenaan menunjukkan seorang budak perempuan berambut perang dalam sebuah muzim dinosaur berdiri melihat tengkorak Triceratops.

Bagaimanapun timbul tanda tanya mengenai watak gadis berkenaan dalam filem tersebut.

Watak utama filem itu ialah Bryce Dallas Howard dengan imej berambut perang.

Bryce membawakan watak sebagai Claire Dearing.

Jadi dikatakan gadis di dalam gambar berkenaan mungkin adalah Claire pada zaman kanak-kanak.

Namun pengarahnya terus membiarkan semua peminat filem itu tertanya-tanya sehingga filem berkenaan ditayangkan pada musim panas depan.

Bising & Bingit Itu Cara Saya - Achey

Achey jangka cara mengacara program Gema Gegar Vaganza akan dikritik. PETALING JAYA:  Pelawak Achey memberitahu dia diminta oleh pi...