Mira, 24, berkata, dia juga mengawal foto-foto peribadi yang dimuat naik di laman sosial agar tidak timbul sebarang isu yang boleh mengaitkan namanya.
"Alhamdulillah, sekarang nama saya sudah bersih dengan gosip-gosip cinta, saya juga ambil langkah berhati-hati dan mengawal laman sosial seperti Instagram.
"Saya elak untuk bergambar dengan artis lelaki yang boleh mengaitkan saya dengan sebarang gosip bercinta," ujarnya.
Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman ditemui pada majlis pelancaran drama mini 3 Gadis Manis yang diadakan di Pavilion, di sini, baru-baru ini.
Pelakon yang bermula dengan drama Cinta Si Wedding Planner ini berkata, dia masih belum mempunyai teman istimewa biarpun sering dikaitkan dengan beberapa artis lelaki.
"Saya masih single dan biasanya orang kaitkan nama saya dengan pelakon lelaki yang saya bergandingan dalam drama.
"Nasib baik juga drama terbaru saya ini digandingan dengan Aliff Aziz yang sudah berkahwin.
"Setakat ini saya belum memikirkan sangat soal jodoh dan mahu fokus kepada kerjaya terlebih dahulu," ujarnya.

Drama mini 3 Gadis Manis turut menampilkan Ayda Jebat dan Cristina Suzanne.
Dalam perkembangan lain, Mira yang turut merakam suara dalam lagu tema drama Meh Sandar Pada Aku bersama Aliff Aziz mengakui tidak berhasrat untuk serius dalam bidang tersebut.Dia tidak yakin dengan kemampuan suaranya untuk menyanyi di khalayak.
"Saya tidak boleh menyanyi dan tidak pernah terfikir pun untuk jadi penyanyi. Lagu tema drama itu bukannya saya menyanyi sebaliknya hanya berdialog sahaja.
"Saya menyanyi lagu hindustran di Instagram itu pun hanya suka-suka sahaja," ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: