Monday, March 6, 2017

Louis Tomlinson Ditahan Gara-Gara Bergaduh Dengan Jurugambar




PENYANYI Louis Tomlinson ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles selepas didakwa memulakan pergaduhan dengan seorang jurugambar.
E Online melaporkan peguam Louis bagaimanapun menyangkal dakwaan itu dan menyalahkan jurugambar berkenaan atas cubaan provokasi terhadap anak guamnya.

Jurugambar itu bagaimanapun enggan mengulas mengenai kejadian itu.

Menurut jurucakap polis, Louis dikelilingi jurugambar ketika tiba dari Las Vegas dan melibatkan adegan tolak menolak di antara mereka.

Jurugambar itu mendakwa dia terjatuh akibat ditolak Louis sebelum berlaku perang mulut di antara mereka.

Peguam pula memberitahu, Louis berang apabila tiga jurugambar menyerang kekasihnya, Eleanor Calder dan bertindak kerana cuba mempertahankan wanita itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: