Sunday, March 12, 2017

Kementerian Pertahanan akan umum skim pencen terbaharu



Kementerian Pertahanan akan umum skim pencen terbaharu
Skim pencen baharu berkenaan merupakan antara usaha kementerian berkenaan menyelesaikan masalah yang dihadapi veteran ATM yang tidak berpencen. 
MUAR: Kementerian Pertahanan akan mengumumkan skim perkhidmatan pencen baharu untuk pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam masa terdekat.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata skim baharu berkenaan merupakan antara usaha kementerian berkenaan menyelesaikan masalah yang dihadapi veteran ATM yang tidak berpencen.
"Tapi kita perlu dapatkan keputusan dan kelulusan kepimpinan tertinggi khasnya daripada Perdana Menteri terlebih dahulu.

"Kita sudahpun panjangkan perkara ini kepada Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini dan keceriaan di wajah beliau membayangkan seperti bersetuju dengan cadangan ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Jasamu Dikenang selepas menyampaikan pingat Jasa Malaysia kepada pesara tentera di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim yang juga Anggota Parlimen Muar.

Pada majlis itu, seramai 114 veteran tentera yang berkhidmat ketika penentangan terhadap komunis yang berakhir pada 1989 diberi penganugerahan sebagai tanda ingatan bagi mengenang pengorbanan dan khidmat bakti cemerlang mereka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: