Tuesday, March 14, 2017

"Kami Hanya Kawan, Tiada Hubungan Cinta" - Redza Rosli



Redza memberitahu hubungannya dengan Ayda Jebat hanya sekadar rakan baik. Foto Instagram @redzarosli
PETALING JAYA: Pelakon Redza Rosli menyangkal dakwaan dia dan aktres Ayda Jebat mempunyai hubungan cinta gara-gara sering memuat naik gambar bersama di Instagram miliknya.
Sebaliknya kata Redza hubungan mereka sekadar rakan baik malah sudah lama mengenali Ayda sebelum ini.
"Mungkin ramai yang tak tahu tetapi kami sebenarnya sudah lama berkawan tetapi jarang bertemu kerana masing-masing sibuk dengan kehidupan masing-masing.
"Bercinta itu tidak tetapi kami memang rapat sebagai kawan dan Ayda adalah seorang sahabat yang baik," katanya.

Terbaharu Redza dilihat menemani Ayda ketika aktres itu mengadakan persembahan KL Xtravaganza di perkarangan pusat beli belah Wangsa Walk dekat sini pada malam Ahad lalu.
Dalam pada itu, Redza berkata, gambar yang dimuat naik itu adalah ketika mereka menjalani penggambaran drama bersiri Ku Kirim Cinta di Australia pada Februari lalu.
Redza Rosli kini semakin mendapat tempat di hati peminat.
Jelasnya, dia tidak menyangka foto-foto itu boleh menimbulkan kekeliruan kerana baginya ia hanya gambar dua sahabat.
"Masa saya muat naik gambar bersama Ayda tak sangka pula orang akan fikir benda lain kerana foto itu hanyalah kenangan sebagai seorang kawan.
"Saya pun sudah lama tidak bertemu dengannya dan Alhamdulillah kami digandingkan dalam Ku Kirim Cinta.
"Dapat bekerjasama dengannya memang menyeronokkan kerana kali terakhir kami berlakon sama dalam drama bersiri M.A.I.D. dan itu pun saya hanya bawa watak kecil," ujarnya.
Ku Kirim Cinta arahan Raja Alauddin bakal disiarkan menerusi slot Akasia TV3 pada bulan Ramadan nanti.
Selain Ayda dan Redza ia turut dibintangi oleh Fahad Iman, Roy Azman, Zarina Zainuddin, Wilma Muhammad dan Shahrolnizam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: