E News melaporkan Jennifer kini sedang berkawan rapat dengan bekas pemain bola keranjang dari pasukan New York Yankees iaitu Alex Rodriguez.
Bagaimanapun sumber memberitahu hubungan itu masih awal dan bukannya serius seperti disangkakan.
"Masih terlalu awal untuk mengatakan mereka serius bercinta kerana ia lebih kepada hubungan terbuka," kata sumber.
Pasangan itu dikatakan sempat bertemu di belakang pentas dan kelihatan mesra selain sempat merakamkan gambar bersama.
Mereka juga dikatakan pernah menghabiskan masa di Miami di mana Jennifer sedang dalam proses menyiapkan album terbaharunya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: