|
|
SAYA hendak tanya tentang ammonia bikarbonat. Saya ada terpandang pada satu resipi goreng pisang dalam sebuah buku resipi yang menggunakan satu bahan yang bernama ammonia. Lalu saya beli. Apabila saya buka, ia sedikit berbau. Adakah itu sememangnya bau ammonia? Lalu saya tidak jadi menggunakannya kerana takut. Apa pandangan Azli?
– ZAKIAH HANIM MANSOR,
Kuala Lumpur.
Jawapan
AMMONIA bikarbonat sebenarnya adalah salah satu agen penaik yang digunakan dalam makanan. Makanan yang menggunakan ammonia bikarbonat akan lebih cepat naik dan garing berbanding menggunakan bicarbonat soda /baking powder. Tidak ada larangan atau menyalahi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan makanan 1985. Ia diklasifikasikan sebagai bahan makanan yang selamat digunakan. Saya sarankan puan tidak perlu mangambil ammonia dan menghidunya kerana bau ammonia memang tidak enak. Tetapi bau itu akan hilang selepas makanan itu telah masak. Oleh itu puan tidak perlu risau untuk menggunakannya dalam makanan.
SAYA ingin meminta chef berkongsi bagaimana membuat tat nanas gulung yang lembut dan enak.
– BIEY,
Shah Alam.
Jawapan
Kebiasaannya tat gulung dan tat biasa yang tidak digulung dan terdedah intinya adalah jenis paling biasa orang buat.
Kedua-dua jenis tat ini sebenarnya boleh menggunakan doh yang sama tetapi mempunyai tekstur yang berbeza.
Manakala doh untuk tat nanas yang diterap dengan acuan perlulah lebih keras daripada doh tat gulung.
Inti tat nanas boleh dibuat lebih awal dan disimpan dan boleh digunakan apabila ingin membuat tat.
Jadi saya harapkan puan dapat mencuba resipi yang saya kongsikan ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: