
Turut serta Kartina Aziz dan penyanyi Adibah Noor yang dijangka dapat menarik perhatian penonton dengan gelagat istimewa mereka.
Sitkom muzikal selama sejam itu mempunyai tema berbeza-beza pada setiap minggu. Bukan sahaja menjanjikan anda ‘tidak kering gusi’ tetapi sarat unsur nasihat dan mesej berguna.
Menjalani proses rakaman di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Senawang, Negeri Sembilan, siri pertamanya (27 Mei) berjudul ‘Suami Rumah tangga’ berlangsung dalam suasana bengkel memasak.
Selain itu, lagu malar segar turut disajikan untuk menyerikan program. Antaranya Sampai Syurga, Pagi yang Gelap, Pudar dan Bunyi Gitar.
Episod pengenalan ini turut mengundang pelawak Jep Sepah dan Dira Abu Zahar.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: