Wednesday, May 4, 2011

Solekan untuk ibu


Wajah Atilia yang telah disolek.


PENGGUNAAN bedak asas dalam solekan mampu membuatkan raut wajah nampak lebih menarik dan segar. Namun, bukan semua bedak asas mampu bertahan sehingga sepanjang hari.

Bagi wanita yang sedang mencari bedak asas tahan lama, Lancome tampil dengan bedak asas pencerah Maqui Miracle yang bertahan selama 12 jam.

Pengurus Pemasaran Lancome Malaysia, Kelly Tan menjelaskan bahawa wanita yang gemar bermekap memahami keperluan menggunakan bedak asas yang bukan sekadar memberi liputan sempurna bahkan tahan lama.

"Kini mereka boleh memiliki ciri-ciri yang dikehendaki dalam bedak asas cecair Lancome Maqui Miracle yang berperanan menjadikan mekap kelihatan lebih cantik di samping mencerah dan melindungi kulit,"katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: