Friday, May 27, 2011

Semakan tarif elektrik diputus NEC


CHIN (tengah) bergambar bersama wakil-wakil institusi-institusi pengajian tempatan pada majlis pelancaran cabaran Dare to Dream di Cyberjaya semalam.


CYBERJAYA - Majlis Ekonomi Negara (NEC) akan membuat keputusan jika terdapat sebarang semakan semula kepada tarif elektrik.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, mesyuarat NEC akan diadakan di Putrajaya pada hari ini dan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kabinet telah memutuskan bahawa NEC akan membuat keputusan akhir dalam menentukan jika kita akan memperkenalkan tarif elektrik yang baharu," kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran cabaran Dare To Dream bersempena dengan Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau & Produk Eko Antarabangsa Malaysia 2011 yang kedua (IGEM 2011) di sini semalam.

Mengulas mengenai tuduhan di mana kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 telah meningkat sekali ganda kepada RM1 bilion, Chin berkata, butiran mengenai projek itu masih lagi dibincangkan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: