
PUTRAJAYA - Golongan belia diminta supaya memanfaatkan sepenuhnya sambutan Hari Belia Negara 2011 : Himpunan Sejuta Belia yang bermula di sini hari ini untuk membuktikan potensi diri masing-masing.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sambutan selama tiga hari itu dapat menunjukkan bahawa belia negara ini mempunyai jati diri, sekali gus mengikis persepsi negatif yang kerap dilontarkan terhadap mereka.
"Esok (hari ini) merupakan titik permulaan kepada semua belia untuk menyemai rasa tanggungjawab dan mengekalkan semangat positif sampai bila-bila dan bukan sekadar bersemangat ketika menyertai pelbagai program hari belia.
"Ini peluang kepada mereka meneroka bakat atau kebolehan yang mungkin selama ini mereka tidak sedari. Jadi rebutlah peluang ini," katanya ketika ditemui semasa melawat gelanggang kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: