|
|
EDINBURGH - Scotland semakin menghampiri kemerdekaan daripada Britain selepas Parti Nasional Scotland (SNP) memperoleh kemenangan mengejut dalam pilihan raya tempatan, lapor sebuah akhbar semalam.
Susulan kemenangan SNP, pemimpinnya, Alex Salmond akan mengadakan satu pungutan suara rakyat bagi merealisasikan kemerdekaan Scotland dalam masa terdekat.
Parti SNP memperoleh kemenangan majoriti sekali gus menguasai Parlimen Scotland. Ia merampas 69 kerusi pada pilihan raya berkenaan yang berlangsung Khamis lalu.
Parti itu menewaskan parti pemerintah, Parti Buruh pimpinan Perdana Menteri David Cameron yang cuma memperoleh 37 kerusi manakala sebuah lagi parti utama Britain, Parti Konservatif memenangi 15 kerusi.
Britain merupakan sebuah negara merdeka yang terdiri daripada empat buah negeri iaitu England, Ireland Utara, Scotland, dan Wales.
Scotland merupakan sebahagian Britain sejak tahun 1707.
Dari sudut perlembagaan, Perdana Menteri Britain berkuasa untuk menghalang kemerdekaan Scotland tetapi realitinya adalah sukar untuk mengekang hasrat rakyat Scotland yang inginkan pemerintahan sendiri.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: