Saturday, May 21, 2011

Ringkas tetapi menyegarkan

ELEGAN...potongan kasual namun masih boleh digayakan ke pejabat.
ELEGAN...potongan kasual namun masih boleh digayakan ke pejabat.

ASALNYA, jauh nun di bumi Sepanyol. Walaupun berlainan benua dan dipisahkan lautan, tetapi cita rasa fesyen menyatukan jenama terkenal, Mango dengan wanita di negara ini.

Lebih dikenali sebagai MNG, jenama butik fesyen itu cenderung untuk menampilkan rekaan berunsur pakaian jalanan bersesuaian dengan cita rasa wanita muda hari ini.

  • Foto

    SANTAI...baju tanpa lengan yang boleh digayakan bersama seluar pendek, kardigan atau jaket kulit.

  • Foto

    CERIA...motif flora yang menyerlahkan gaya ceria pemakainya.

  • Foto

    MOTIF JALUR...jalur, antara motif yang digemari wanita tidak kira peringkat usia.

  • Foto

    MENAWAN...rekaan gaun pendek berlisu terbaru daripada Mango.

  • Foto

    KASUAL BERGAYA...padanan baju dan skirt labuh polos tidak kurang menarik.

  • Foto

    JADI PILIHAN...blaus paras paha juga menarik jika digayakan bersama kot labuh.

  • Foto

    GAYA MODEN...walaupun polos, rekaan moden tetap menyerlahkan gaya ini.

Faktor fesyen terkini yang disajikan di butik fesyen itu mempengaruhi penampilan gaya penggemar fesyen rekaan jalanan kerana fungsinya lebih praktikal untuk kebanyakan majlis formal dan santai.

Tampil menceriakan lagi musim bunga dan panas kali ini, jenama berkenaan menampil�kan himpunan rekaan pakaian terbaru yang moden dan segar.


Koleksi terbaru yang dinamakan Modernist Resort itu menyerlahkan rekaan minimalis yang serba sederhana, tetapi pada masa sama, masih tampak elegan dan bergaya.


Setiap helaian koleksi berkenaan mempunyai perincian sangat ringkas, namun ia diserlahkan pemilihan gaya terang seperti oren, merah, hijau, kuning dan biru ceria.

Seperti musim sebelumnya, rekaan jenama itu kali ini juga tidak mengecewakan penggemar setianya.

Himpunan pakaian kasual yang ditampilkan sama ada skirt, celana, baju paras pinggang, kardigan, jaket mahupun seluar pendek mampu menjelmakan imej tersendiri untuk wanita.

Sedikit waktu dulu, potongan skirt memang tiada bezanya meskipun berlainan jenama tetapi kini, Mango memperkenalkan rekaan terbaru yang bukan saja lebih selesa, malah menyerlahkan lagi keindahan bentuk kaki wanita.

Rekaan blausnya memang pelbagai termasuk blaus tanpa lengan serta berlengan pendek dan panjang.

Tidak hanya motif bunga-bungaan atau abstrak, ia menampilkan rekaan tidak bercorak yang boleh dipadankan dengan seluar panjang.

Blaus panjang berlengan yang ditampilkan dalam koleksi itu boleh dikatakan mempunyai dwi fungsi kerana selain sesuai digayakan pada acara santai, ia turut menarik untuk dipakai pada majlis keraian.

Umum sedia maklum sesuatu gaya yang ditampilkan bukan sekadar menonjolkan pembawaan fesyen, sebaliknya wanita harus peka dan bijak membentuk karakter untuk menampakkan gaya semula jadi.

Bagaimanapun, kalau diperhatikan, remaja dan wanita muda hari ini semakin berani menzahirkan gaya mereka dengan fesyen rekaan jalanan.

Justeru, keputusan Mango untuk menampilkan koleksi warna terang kali ini sedikit sebanyak menjadikan himpunan berkenaan sebagai pilihan untuk digayakan dengan teknik suai dan padan.

Jenama yang memiliki 1,900 rangkaian di 105 negara di seluruh dunia itu adalah pengeksport fesyen kedua terbesar Sepanyol.

Kepelbagaian rekaan yang mengikut aliran fesyen semasa menjadi faktor utama mengapa jenama itu mampu menambat hati wanita di seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: