Wednesday, May 25, 2011

Pilih bunga dan warna sesuai

MEWAH...selain bunga katil, kini jambangan mewah bunga tangan yang diletakkan sebagai hiasan mampu  memberikan kelainan.
MEWAH...selain bunga katil, kini jambangan mewah bunga tangan yang diletakkan sebagai hiasan mampu memberikan kelainan.

SELAIN memberi tumpuan pada dekorasi pelamin dan barang hantaran, bilik tidur juga perlu diberi perhatian bagi menyerlahkan aura raja sehari.

Selain pemilihan perabot seperti katil, meja solek dan almari, jenis cadar dan warna langsir turut memainkan peranan penting bagi memberikan keseimbangan pada dekorasi hiasan.

  • Foto

    ANGGUN...hiasan meja solek harus sesuai mengikut ukuran meja.

  • Foto

    ROMANTIK...taburkan kelopak mawar bersama haruman lavender di dalam tab mandi untuk gaya romantik.

  • Foto

    COMEL...gubahan bunga comel ini sesuai diletakkan di dalam bilik air.

  • Foto

    MODEN...kuntuman kasalili disusun di dalam bekas kaca bersama haruman potpuri lilin nampak ringkas.

  • Foto

    TINGGI...pilih bekas kaca tinggi kemudian susun mawar secara penuh. Nampak mewah sesuai untuk raja sehari.

Walaupun semua unsur ini dianggap penting namun tanpa hiasan bunga, ibarat irama tanpa lagu, jika tiada pincanglah kedua-duanya.

Ini diakui Ketua Penggubah Bunga Hotel One World, Roslan Razali yang tidak menafikan hiasan bunga segar di dalam bilik pengantin boleh mempengaruhi keceriaan, kemewahan serta keserian pengantin itu sendiri.


“Hiasan bunga segar di dalam bilik mampu membangkitkan aura moden dan segar. Ini kerana bunga segar lebih nampak hidup, menimbulkan rasa semula jadi serta haruman tersendiri berbeza dengan bunga plastik atau kering.


“Sungguhpun begitu, ada yang memilih konsep ringkas, malah ada yang ingin nampak hebat menerusi teknik hiasan secara berlebih-lebihan.

“Apa juga faktor, apa yang penting, hiasan mesti kelihatan tenang dan tidak berserabut,” katanya.

Menurut Roslan, pemilihan konsep daripada segi warna serta jenis bunga amat penting bagi menentukan jenis gubahan.

Selepas itu baru memilih bekas yang ingin digunakan.

“Untuk bilik pengantin pastikan pemilihan warna sesuai untuk pelbagai bangsa. Warna merah jambu dan putih tepat bagi menggambarkan keceriaan mempelai.

“Sekiranya pengantin masih inginkan warna berbeza misalnya merah, mereka harus melihat suasana bilik sama ada cerah atau gelap,” jelasnya yang memberitahu pemilihan merah akan menyebabkan bilik menjadi lebih gelap.

Tambah Roslan, untuk meraikan majlis raja sehari, kuntuman mawar dihias indah bersama bunga teluki dan orkid dikelilingi lilin menjadi tema terkini.

Hiasan bertemakan Inggeris dengan diselitkan sedikit budaya Melayu menjadi gaya dekorasi semasa.

Namun semuanya terpulang kepada bajet masing-masing namun lebih banyak �bunga, gaya hiasan yang akan dipertontonkan kepada tetamu menjadi lebih menarik dan mewah.

Pemilihan bekas turut memainkan peranan penting dalam hiasan. Bekas moden seperti kaca dan seramik tinggi dilihat menjadi pilihan terkini mempelai. Namun bekas ini harus diletakkan di tempat yang betul bagi mengelak gubahan nampak pelik dan tidak sesuai.

“Bekas besar dan tinggi sesuai diletak di penjuru bilik. Gubahan juga harus besar dan mewah dengan menyelitkan bunga besar seperti kasalili dan orkid. Hiasan meja solek pula haruslah menggunakan bekas comel bersama hiasan mawar, bersesuaian ketinggian meja manakala mempelai boleh meletakkan bunga tangan sebagai gantian kepada bunga katil.

“Ini menampakkan kelainan serta lebih moden dan versatil,” katanya.

Roslan mengingatkan mempelai supaya tidak lupa pada hiasan bilik air yang turut menjadi perhatian tetamu. Sama seperti hiasan bilik, pastikan bunga bersesuaian seperti mawar ditaburkan di dalam tab mandi.

“Walaupun nampak sederhana dan senang, hiasan bilik air sering dilupakan. Bagi membangkitkan aura romantik sepatutnya mempelai menghias bilik air dengan kuntuman mawar di dalam tab mandi bersama haruman lavender. Kemudian hias bunga kasalili di penjuru tab mandi bagi mewujudkan kelainan serta menggambarkan kasih sayang antara dua jiwa,” katanya.


Panduan menghias bilik pengantin

  • Tentukan terlebih dulu warna bilik pengantin.

  • Pilih konsep bersesuaian sama ada elegan, tradisional, moden, ringkas, kemas, selesa atau klasik.

  • Pilih set bilik tidur bertepatan tema. Pilihan ini penting sebelum memberi fokus pada hiasan langsir, permaidani serta cadar.

  • Elak meletakkan hantaran di atas katil kerana boleh menyebabkan dulang hantaran tidak stabil dan jatuh. Sediakan ruang bersebelahan katil untuk mempamerkan barang hantaran.

  • Elak meletak jamba�ngan bunga besar di atas tilam. Sebaiknya pilih bunga segar berukuran kecil dengan kuantiti banyak supaya boleh diletakkan di tepi kiri dan kanan katil.

  • Hias bilik dengan wangian lembut. Ini kerana haruman berupaya memberi suasana romantik kepada pasangan.

  • Tabur cebisan mawar di atas katil, di dalam tab mandi serta di sekelilingnya bagi mewujudkan suasana romantik.
  • No comments:

    Post a Comment

    Tinggalkan Komen Anda Sini: