Wednesday, May 11, 2011

Pelajar Perbankan Antarabangsa, Luar Pesisir UMS-KAL ke Miri


Mahasiswa UMS-KAL bergambar kenangan di Rumah Panjang Gua Long, Miri, baru-baru ini.


LABUAN 10 Mei – Ahli Kelab HE20 Perbankan Antarabangsa dan Luar Pesisir daripada Sekolah Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (SPKAL) mengadakan lawatan ke Miri, Sarawak bagi mengenal pasti peluang perniagaan yang dijalankan di negeri itu.

Program ini disertai oleh seramai 40 mahasiswa tahun dua serta tiga pensyarah iaitu Raymond Liew Lubang, Rostinah Supinah dan Ling Tai Hu.

Pengarah program projek, Lim Shi Ying berkata, lawatan itu bertujuan membantu mahasiswa UMS-KAL mengenali dan meneroka jenis dan peluang perniagaan yang dijalankan di sekitar Miri.

Menurutnya, dalam lawatan selama tiga hari itu Kelab HE20 telah membuat kunjungan ke beberapa tempat seperti Universiti Teknologi Curtin Sarawak, Rumah Anak Yatim Kompleks Kebajikan Hamidah, Muzium Petroleum Grand Old Lady dan Rumah Panjang Gua.

“Lawatan itu juga adalah bagi mengeratkan hubungan antara mahasiswa dengan penduduk tempatan. Pada masa sama, kita juga mempromosikan peluang pengajian SPKAL dan UMS-KAL kepada penduduk Miri,” katanya.

Beliau berharap, mahasiswa yang menyertai lawatan sambil belajar itu akan mendapat pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman berharga untuk diaplikasikan kepada Kelab HE20, SPKAL dan UMS-KAL.

Katanya, lawatan singkat itu seharusnya menjadi pengajaran berguna kepada mahasiswa untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka terutama yang berkaitan dengan program yang mereka pelajari di SPKAL.

“Lawatan ke Miri seharusnya memberikan manfaat kepada pelajar untuk diterjemahkan ke dalam pembelajaran mereka di universiti,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: