Thursday, May 26, 2011

Minyak wangi daripada cikgu


RANGKAIAN minyak wangi Teacher’s Perfume yang semakin mendapat sambutan menggalakkan.


SECALIT sudah cukup untuk kekal harum sepanjang hari. Itulah keistimewaan haruman Teacher's Perfume yang berjaya mencuri tumpuan ramai walaupun baru lima bulan berada di pasaran.

Mengambil inspirasi daripada produk haruman terkemuka dunia seperti Dunhill, Hugo Boss, Lancome dan Calvin Klein, minyak wangi itu diterima ramai kerana harumannya yang pelbagai pilihan dan mampu bertahan lebih lama.

Lebih istimewa, produk keluaran syarikat Minda Sarjana Enterprise, Nibong Tebal, Pulau Pinang itu diasaskan oleh seorang guru, Jamaludin Hashim yang memilih untuk mengabadikan kerjaya guru sebagai tanda perniagaannya.

Menurutnya, perkataan teacher atau guru itu sendiri membawa maksud seseorang yang berilmu dan mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat.

“Saya bermula menjual minyak wangi secara kecil-kecilan dan suka-suka sekitar lima tahun lalu. Apabila permintaan meningkat terutamanya dalam kalangan rakan-rakan pendidik, timbul idea untuk memasarkan minyak wangi secara komersial.

Bunga-bungaan

Pengurus syarikat itu berkata, minyak wangi Teacher’s Perfume dihasilkan melalui ramuan campuran bunga-bungaan dari luar negara termasuk Iran, Turki, England, Korea, Arab Saudi dan Eropah.

Keluaran syarikat bumiputera itu juga menepati keperluan pengguna Islam kerana bebas alkohol dan boleh dipakai semasa bersolat.

Teacher’s Perfume boleh didapati dengan harga RM40 sekotak (RM45 bagi Sabah dan Sarawak) dan didatangkan dalam empat botol berbentuk roll-on (calitan).

Bermula dengan hanya dua set minyak wangi iaitu kotak berwarna hijau dan biru untuk lelaki, serta kotak berwarna merah jambu dan jingga bagi wanita, kini dua lagi set Teacher’s Perfume diperkenalkan.

Dua set tersebut ialah kotak berwarna coklat bagi lelaki dan kotak oren untuk wanita yang antaranya diinspirasikan daripada haruman Jennifer Lopez, Giorgio Armani dan Tuxedo.

Menurut Jamaludin, kini pihaknya sudah mampu menghasilkan 2,000 kotak Teacher’s Perfume sehari dengan pasaran tertumpu di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan beberapa kawasan di Selangor dan Kelantan.

Bagi memantapkan operasi, syarikatnya menggunakan konsep stokis, pengedar dan ejen bagi memasarkan produk itu ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Jamaludin berkata, beliau menjangkakan keluaran produk Teacher’s Perfume dapat ditingkatkan sehingga 10,000 botol sehari dan para pengedar akan mendapat keuntungan sebanyak 40 peratus daripada harga pasaran.

“Dalam hal ini, kami tidak bimbang mengenai persaingan kerana produk wangian kami mempunyai kekuatan tersendiri malah rata-rata pelanggan kami berpuas hati selepas menggunakan produk ini,” katanya.

Orang ramai yang ingin maklumat lanjut mengenai Teacher’s Perfume boleh melayari laman web minyakwangicikgu.blogspot.com atau menghubungi talian 012-540 7782.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: