Thursday, May 26, 2011

Bukan sekadar telefon pintar


NOKIA N8-00 tampil dengan tiga varian warna pada harga bermula dari RM1,370.


JIKA sudah jemu dengan telefon pintar jenama sama yang digunakan oleh kebanyakan orang, anda mungkin ada pilihan lain kerana model Nokia N8-00 menawarkan sesuatu yang berbeza.

Mempunyai fungsi yang hampir sama dengan telefon pintar lain, Nokia N8-00 tampil lebih bergaya dari segi luaran dan reka bentuk.

Bersaiz nipis dengan hanya mempunyai ketebalan 12.9 milimeter serta mempunyai berat hanya 135 gram, bingkai tubuh model Nokia itu diperbuat daripada aluminium.

Didatangkan dalam tiga varian warna yang berbeza iaitu putih perak, kelabu gelap dan hijau selain mempunyai skrin sesentuh yang lebar bersaiz 8.89 sentimeter.

Selain itu, Nokia N8-00 juga mempunyai sambungan HDMI yang membolehkan pengguna melihat imej foto di televisyen dan projektor yang sesuai tanpa perlu dimasukkan ke komputer.

Sistem audionya pula dilengkapi dengan teknologi Dolby Digital Plus, jadi penggemar filem pasti mendapat kepuasan menonton cerita kegemaran di mana-mana sahaja.

Bagi pengguna gajet yang gemar merakam foto atau sebarang aksi spontan, fungsi kamera 12 mega piksel oleh Nokia N8-00 dan optik Carl Zeiss membolehkan ia merakam dan mengedit visual dengan menggunakan gajet itu sahaja.

Lampu Xenon pula membolehkan anda mengambil sekeping foto yang cantik walaupun ketika suasana persekitaran kurang cahaya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: