
Pengarah Urusannya, Rusnah Minin berkata produknya di bawah Ros Kitchen mendapat maklum balas positif dan permintaan daripada beberapa negara.
“Antara produk makanan sejuk beku keluarannya adalah seperti sambal udang petai, rendang daging, rendang cendawaa dan pulut panggang,” katanya kepada Sinar Harian.
Rusnah berkata, Ros Kitchen turut mengeluarkan produk sedia hidang berasas nasi dan lauk yang perlu dipanaskan selepas terdapat permintaan tinggi.
Menyentuh mengenai produk popular Ros Kitchen, Rusnah berkata rendang cendawan dan pulut panggang paling mendapat sambutan dalam dan luar negara.
“Produk Ros Kitchen kini telah berjaya dipasarkan di Vietnam, United Kingdom, Kemboja dan Australia melalui pameran usahawan di negara tersebut,”katanya.
“Untuk produk rendang cendawan dan pulut panggang, syarikat menyasarkan keuntungan perolehan RM500,000 setiap satu menjelang hujung tahun ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: