Thursday, May 12, 2011

Mengelak ruam lampin


Bayi yang bebas ruam lampin lebih ceria. - Gambar hiasan


TANDA-TANDA ruam seperti kemerahan, melecet dan bengkak pada kulit bahagian punggung dan kelengkang berlaku ke atas 58 peratus bayi yang lahir.

Sesetengah ibu berpendapat ruam tersebut terhasil akibat lampin pakai buang yang digunakan.Memang tidak dinafikan lampin bayi yang lembap dan tidak segera diganti menjadi punca utama ruam, alahan dan masalah kulit lain.

Lazimnya masalah ruam ini mendatangkan masalah kepada bayi berusia enam hingga 12 bulan dengan nisbah perempuan lebih ramai menghidapinya berbanding bayi lelaki.

Kulit bayi yang nipis dan sensitif memang mudah terjejas kerana masalah ruam ini.

Apabila ruam terjadi bayi akan menangis, tidak selesa dan merengek sekali gus mengganggu emosi ibu dan bapa.

Ibu bapa yang prihatin akan mencuba pelbagai kaedah bagi menghilangkan ruam dan biasa ia berhasil masa dua hingga tiga hari sahaja.

Tetapi jika ibu bapa mengambil sikap tidak peduli, pasti masalah tersebut akan menjadi mimpi ngeri untuk anda sekeluarga.

Krim, bedak dan losyen khas bagi mengatasi masalah ruam lampin boleh diperoleh dengan mudah di farmasi.

Pada masa sama ibu bapa janganlah sewenangnya membiarkan lampin bayi dalam keadaan basah dan rajinlah untuk menukarnya.

Satu kajian pernah dilakukan oleh para pekerja di Institut Pediatrik dengan kerjasama beberapa kolej di Jerman, Sepanyol dan United Kingdom tentang kesan jenis lampin pada kulit bayi.

Dalam kajian tersebut, mereka telah memilih 250 bayi dari usia sebulan hingga 18 bulan. Seminggu pertama bayi-bayi tersebut dipakaikan lampin kain dan separuh lagi bayi menggunakan lampin pakai buang.

Hasilnya kulit bayi yang dipakaikan lampin pakai buang lebih baik dari yang dipakaikan lampin dari fabrik. Ini kerana lampin fabrik memang tidak akan kering apabila ia menyerap cecair.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: