Sekarang ini peminat hiburan beralih kepada muzik pop Korea atau lebih mesra digelar KPop. Semakin banyak konsert menampilkan artis dari sana di Malaysia.
Malah sudah banyak syarikat rakaman Malaysia yang mencipta artis baru dengan imej sedemikian untuk memikat hati pendengar masa kini yang cenderung meminati muzik itu.
Penyanyi dan pelakon Korea, Jang Keun Suk juga akan berkonsert di Malaysia pada 4 Jun ini bertempat di Planery Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Konsert bermula pukul 4.00 petang kerana mereka mahu mensasarkan golongan remaja. Persembahan yang dibawakan oleh Rhythm Land dan HS Media pasti menjanjikan hiburan bertenaga daripada bintang comel itu. Tiket berharga RM388 (zon emas), RM268 (zon perak) dan RM148 (zon gangsa) boleh didapati di laman web ticketing@rhythm-land.com .
Ada juga zon VVIP dan VIP yang dijual secara eksklusif dengan peluang bergambar bersama Jang Keun Suk. Sementara itu 100 pemilih tiket VVIP akan dapat autograf eksklusif bintang itu.
Mahu pikat peminat Malaysia. Keun Suk, 24, salah seorang pelakon, penyanyi dan model terkenal yang sedang hangat. Wajahnya yang comel dengan imej berambut panjang pernah membuatkan ada yang menyangka dia seorang wanita.
Dia mula terkenal pada tahun 1997 apabila berlakon dalam sitcom Selling Happiness semasa masih kanak-kanak. Dia juga pernah menjadi model katalog untuk barangan kanak-kanak. Antara drama lakonannya yang mendapat sambutan hangat ialah Lovers In Prague, Hwang Jin-I, Hong Gil Dong dan Beethoven Virus. Drama You're Beautiful menjadi drama yang terkenal di seluruh Asia Tenggara, termasuk Malaysia.
Sebagai penyanyi, dia banyak menggunakan suara sendiri dalam lagu tema drama lakonan. Album sulung pertama di Jepun berjudul Let Me Cry dengan pantas menjadi lagu paling popular dalam carta setelag dipasarkan 27 April lalu.
Albumnya terjual hampir 120,000 unit dalam masa seminggu di pasaran. Jang menjadi artis luar pertama pertama dan artis lelaki pertama memecah rekod itu dalam masa 30 tahun. |
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: