Saturday, May 14, 2011

Jadi bualan: 'Minta maaf tak bererti salah'

pix_gal0
SEPANJANG minggu lalu, banyak cerita menarik lagi sensasi melanda industri hiburan tanah air kita. Mari kita sorot kembali apa yang berlaku terutama membabitkan pelakon, Remy Ishak yang dikatakan 'berperang' dengan wartawan hiburan gara-gara sikap acuh tak acuh menjawab soalan media, selain sejauh mana 'kisah percintaan' pasangan Shahir dan Rozita Che Wan yang berterusan diperkatakan meskipun ibu bapa juara Akademi Fantasia 8 itu memberi kenyataan menolak kemungkinan anak mereka itu mengahwini ibu tunggal beranak dua itu.

Juga menarik menjadi bualan ramai ialah apabila protege Rahim Maarof, Aiman tersingkir dalam pusingan separuh akhir program Mentor 5 menerusi TV3 pada Ahad lalu.Bibit percintaan yang kononnya digembar-gemburkan antara pelakon, Lisa Surihani dengan pengarah filem yang juga anggota KRU,Yusry Abdul Halim nyata masih terus diperkatakan meskipun mereka nafi sedang bercinta kerana lebih menyifatkan hubungan baik antara mereka kerana cara pemikiran yang ‘satu kepala’ dan senang apabila bersama di majlis hiburan. begitu juga Kilafairy, biarpun pelakon muda ini belum teruji dengan lakonannya tetapi anak gadis penyanyi era 1980-an, Rohana Jalil ini makin ligat mendapat publisiti meluas gara-gara imej seksi yang ditampilkannya.
Ayuh, kita imbas semula kisah mereka...

1) Remy Ishak ‘kekwat’

PENANGAN penyandang Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 dan 2010 ini bukan saja dalam keberkesanan lakonannya dalam drama mahupun filem, malahan sikap acuh tak acuh dan dikatakan ‘kekwat’ yang diperoleh daripada populariti diraih Remy Ishak ini turut diperkatakan.

Sindrom lupa diri apabila diangkat peminat dan media sudah lama sebenarnya berleluasa dalam dirinya. Tetapi selepas dihentam dan ditegur sebelum ini oleh pihak media, Remy pantas berubah. Bagaimanapun, baru-baru ini sikap itu kembali menyerangnya di dalam sesi fotografi membabitkan dua wartawan wanita di Balai Berita. Kesan daripada itu, difahamkan timbul satu pakatan di kalangan pihak media yang mahu memboikot Remy seperti mana yang pernah terjadi kepada Fasha Sanda beberapa tahun lalu.
Artikel mengenai Remy ini begitu ligat bermain di dada akhbar dan laman sesawang. Lumrah bergelar manusia, setiap kesilapan yang dilakukan disusuli dengan permohonan maaf. Hal yang sama turut dilakukan jejaka yang difahamkan sedang bertakhta di hati Tiz Zaqyah ini.

Namun, ada wartawan menganggap permohonan maaf daripada Remy tidak ikhlas sebab selepas itu dia memberi kenyataan kepada pihak lain dengan mengatakan “minta maaf tak bererti saya bersalah”.

2) Gosip cinta Rozita, Shahir

CERITA yang mengaitkan ibu tunggal kepada dua anak, Rozita Che Wan dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Shahir Zawawi terus hangat diperkatakan. Cuma hingga ke saat ini, masih samar status sebenar hubungan mereka yang tidak lebih daripada sekadar teman rapat.

Rozita dikatakan rapat dengan Shahir selepas jejaka yang bakal muncul dengan filem Karak itu tamat pengajiannya di AF8. Mereka juga pernah berlakon sama dalam telefilem Lawaknya Fantasia Raya dan terbaru dalam telefilem Diari Summer Camp (terbitan Zeel Productions). Rozita yang baru tampil memperkenalkan perniagaan busana, My Couture itu turut ditampilkan dalam klip video Pendam nyanyian Shahir.

Perhubungan Rozita dan Shahir dikatakan juga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan peminat fanatik Shahir. Ibu bapa Shahir sebelum ini pun selesa memberi jawapan ‘no komen’ tatkala ditanya mengenai gosip Rozita dengan anak mereka. Dalam soal hati, usia bukan penghalang. Jadi keputusan mutlak berada di tangan Shahir untuk mengesahkan teka-teki hubungannya dengan si jelita berbadan kerengga itu.

3) Program realiti bersaing

PERTANDINGAN realiti nyanyian Mentor musim kelima (Mentor 5) kebanggaan stesen TV3 ini juga sering menjadi topik perbualan ramai sejak ia mula bersiaran. Ia kini makin hangat diperkatakan apatah lagi ia kini dalam peringkat separuh akhir. Hinggakan ada yang mula meramal, siapa yang bakal bergelar juara mengikuti jejak juara Mentor musim pertama, Pija, diikuti Fiq (Mentor 2), Black (Mentor 3) dan Mohd (Mentor 4).

Protege Erra Fazira, Salma contohnya disebut-sebut menjadi juara. Tidak dilupakan saingan lain seperti Shiha yang dibimbing Datuk Sharifah Aini. Kehebatan Mentor 5 dikatakan sedikit sebanyak menenggelamkan populariti Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9).

Namun, selepas melakukan Operasi Gugur dua orang pelajar dan menyerap dua orang peserta baru iaitu Hazama dan Fina, AF9 dikatakan kembali bertaring.

Tidak ketinggalan menjadi sebutan ialah pertandingan Maharaja Lawak yang mengumpulkan pelawak terkenal tanah air bersaing sesama sendiri. Awalnya ia disiarkan secara percuma di Astro Prima. Namun kini untuk menonton Maharaja Lawak, ia dapat ditonton secara berbayar di saluran Astro Warna. Betapa hebatnya penangan pertandingan itu dapat disaksikan apabila ia pantas dimuat naik di laman Youtube dan memberi peluang kepada penonton lain yang tidak melanggan Astro Warna. Strategi Astro meletakkan Maharaja Lawak di bawah saluran berbayar itu juga dikatakan memberi impak positif apabila ramai yang melanggan saluran terbabit. Imam Muda menerusi Astro Oasis dan Showdown di 8TV, masing-masing untuk musim kedua juga sedang rancak mendapat perhatian peminat program realiti di negara kita.

4) Lisa, Yusry KRU makin intim

TIADA angin, tiada ribut, episod ‘percintaan’ membabitkan Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim (KRU) masih diperkatakan hingga saat ini. Bahkan ada yang masih tidak menyangka dan terkejut bahawasanya ada rona bahagia yang sedang menjalar masuk ke kamar hati kedua pasangan ini.

Masing-masing dikatakan sudah lama kenal dan dilabel intim baru dua bulan. Kelibat mesra mereka mula diperhatikan pada malam kemuncak ABPBH 2010 di sudut kiri pentas utama, ketika siaran langsung berhenti untuk laluan iklan. Menariknya pada malam itu juga, kedua-duanya secara kebetulan memakai pakaian dengan rona kelabu. Ia terus berpanjangan di sesi pratonton filem Seru yang diadakan di Wangsa Walk, Wangsa Maju.

Sesuatu yang pelik apabila cerita ini timbul sedangkan masing-masing sebelum ini dikaitkan dengan orang lain. Ada juga yang berbisik nakal, bahawa pengarah berstatus duda itu secara kebetulan atau tidak selalu ‘menghimpit’ wanita setiap kali filem arahannya bakal menjengah pawagam.

Beberapa sumber dalam industri hiburan juga bagaikan mengakui dua artis ini dalam detik awal percintaan kerana sering berbalas SMS dan ada ketikanya Yusry dikatakan turun ke lokasi penggambaran ketika Lisa sedang bekerja.

5) Kilafairy

NAMA anak kesayangan penyanyi 1980-an, Rohana Jalil ini tiba-tiba menjadi sebutan. Belumpun sampai setahun serius dalam dunia seni, nama Kilafairy pantas diingati. Bakatnya masih belum terbukti, tetapi kemunculannya sering dikaitkan dengan jolokan imej seksi dan memiliki bentuk tubuh mengiurkan.

Dengan memiliki bibir seksi dan dikatakan iras Angelina Jolie, gadis berusia 19 tahun ini pantas mencipta populariti. Hingga kini, bibir muncungnya masih menjadi tanda tanya sama ada asli atau sebaliknya.

Selain berlakon, Kilafairy juga berbakat sebagai penyanyi. Dia pernah mengejutkan rakan media dalam sebuah majlis anjuran Rafflesia The Pearl Centre dengan kerjasama 5tars Designers apabila berduet dengan Haziq menyanyikan lagu Bollywood. Filem sulung lakonannya, Karak bakal menemui peminat filem bergenre seram mulai 26 Mei ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: