![]() |
| Chef Ayman Ibrahim dengan pelbagai hidangan cita rasa Asia Barat di Sime Darby. |
SEPANJANG bulan Mei ini segala-galanya hanya mengenai hummous, tabouleh dan kebab di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Hidangan seperti samak barid, mousaqa bik jabnah, kambari manga, mihalabiah dan mishmisaih adalah antara hidangan klasik yang bakal memberikan pengunjung kepuasan sebenar cita rasa Asia Barat.
Makanan-makanan ini yang dihidangkan di Restoran Halia yang turut menampilkan pelbagai jenis halwa tekak cita rasa Asia Barat yang diketuai Chef Ayman Ibrahim, 40, berketurunan Mesir.
Menurut Ayman yang telah menetap di negara ini sejak 10 tahun lalu, semua bahan rempah ratus hidangan yang digunakan untuk memasak adalah sepenuhnya menggunakan bahan-bahan dari sana dan ada sesetengahnya diimport khas untuk tujuan itu.
''Kita mahu rasa itu tidak hilang sebab kita menggunakan antaranya minyak zaitun, pita, madu, bijan, sumac, rempah ayam, pudina dan daun pasli," tuturnya yang pernah menjadi chef sentuhan istimewa bagi keluarga diraja Jordan dan pelbagai tetamu kehormat dari negara-negara Asia Barat lain.
Kata Ayman, makanan hidangan Asia Barat banyak menggunakan rempah ratus dan sekiranya dicampur dengan bahan-bahan yang bersesuaian ia boleh menjadi 'ubat' kepada yang menikmatinya. Antaranya sup sayur-sayuran dan masakan ikan.
Jadi katanya, sekiranya seseorang itu inginkan sesuatu kelainan dalam cita rasa harian bolehlah cuba menikmati hidangan Asia Barat di konvensyen ini kerana pastinya ia menjanjikan satu cita rasa yang unik dan berlainan.
Dengan harga dari RM55 seorang, hidangan Asia Barat ini boleh didapati dari hari Isnin ke Jumaat untuk makan tengah hari secara bufet dan makan malam dari Isnin hingga Sabtu, satu hidangan akan menjadi RM65. Sekiranya anda berhajat untuk mencuba hidangan dari Asia Barat ini boleh membuat tempahan menerusi halia.sdcc@ simedarby.com. atau talian 03-2089 3799.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: