Tuesday, May 17, 2011

Golongan ibu perlu aktif


Mengikuti aktiviti yang menyihatkan badan seperti senaman tai chi dapat membantu mengisi lapang dengan lebih berfaedah.


Kebanyakan wanita khususnya suri rumah yang mencapai usia lewat 40-an, akan mula dilanda rasa sunyi apabila anak-anak yang meningkat dewasa mula tinggal berjauhan sama ada telah berkahwin atau berkerja. Mereka perlu bijak memilih aktiviti bagi membantu menghilangkan perasaan sunyi dan memberikan kegembiraan hidup kepada mereka.

GOLONGAN ibu perlu aktif supaya mampu bersaing dan berjaya di dalam bidang yang diceburi. Mereka boleh melibatkan diri dalam persatuan ataupun perkara-perkara yang boleh memberikan keuntungan kepada mereka.

“Selain itu, apabila mereka mempunyai minda dan tubuh yang sihat, ini akan meningkatkan produktiviti dalam kehidupan seharian mereka .

“Tambahan pula, apabila mereka memiliki tubuh badan yang sihat, ia akan memberikan kebahagiaan dalam hidup.”

– NURUL HUDA ABD RASHID Kerani

BAGI golongan ibu yang tidak bekerja adalah baik jika mereka melibatkan diri secara aktif dengan menyertai persatuan kerajaan atau bukan kerajaan. Setidak-tidaknya, masa mereka boleh dimanfaatkan untuk kebaikan diri dan masyarakat.

“Tetapi bagi wanita yang mempunyai anak kecil perlu dibataskan penglibatan mereka kerana masa untuk membesarkan anak-anak adalah lebih penting.”

– NORDIYANA ROMLI Pelajar

ADALAH lebih baik golongan ibu bergiat aktif dengan perkara-perkara yang berfaedah berbanding jika mereka hanya duduk di rumah sahaja.

“Selain itu, dengan melibatkan diri dengan persatuan ataupun aktiviti kemasyarakatan, mereka boleh menghilangkan perasaan sunyi apabila tinggal di rumah sendirian.

“Bersukan dan berkebun adalah cara terbaik untuk menyihatkan tubuh badan.”

– MARJANA AHMAD Peniaga

KEBANYAKAN golongan ibu yang berusia akan menghabiskan masa mereka di rumah kerana faktor bersara mahupun sebagai suri rumah.

“Adalah lebih baik mereka menggunakan masa yang ada ini dengan melibatkan diri di dalam persatuan yang dianjurkan dikawasan tempat mereka atau sebaliknya.

“ Selain itu, mereka juga boleh mengisi masa lapang mereka dengan melakukan aktiviti yang sihat seperti bersukan.”

– ROHASNIZA MOHD ROSLI Kerani

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: