Thursday, May 26, 2011

Fota Aksi Mesra Leornado DeCaprio & Blake Tersebar

GOSIP percintaan antara aktor Leornado DeCaprio dengan aktres Blake Lively bukan sekadar khabar angin.

Pasangan itu mula dilihat berpeluk-pelukan di atas kapal milik sutradara Steven Spielberg pada acara Festival Filem Cannes lalu.

Mereka turut dilihat di sebuah kawasan di Portofino, Italia, Sabtu lalu.

Mereka menghabiskan masa bersama dengan berjalan-jalan di kawasan tersebut sambil mengenakan pakaian santai tetapi tidak terlalu menjolok mata.

DeCaprio berusaha mengelak daripada pandangan umum dengan mengenakan topi dan berkaca mata hitam.

Bagaimanapun, belum ada keterangan daripada kedua-dua pihak terhadap hubungan tersebut.

Namun daripada gambar-gambar yang tersebar menceritakan hubungan cinta yang semakin berputik.

Kedua-dua selebriti itu masih lagi bujang selepas putus cinta dengan teman masing-masing.

Pasangan ini dikatakan rapat selepas bertemu pada November tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: