Friday, May 27, 2011

Elly (Mencari Cinta) nikah Ahad ini

Ingatkah lagi kepada Elly, gadis yang pernah menjadi tumpuan umum apabila menyertai program realiti mencari jodoh, Mencari Cinta di TV3 beberapa tahun lalu?

Pasti semua masih ingat kerana itulah satu-satunya program seumpamanya di Malaysia dan ia tidak diteruskan kerana sebab-sebab tertentu. Elly tidak ke jenjang pelamin dengan lelaki yang menjuarai program itu. Apa cerita jodoh Elly sekarang?

Elly menanti hari bahagia.

Elly akhirnya akan ke jenjang pelamin dengan lelaki pilihan hati, RJ (Norashid Jeran), seorang pegawai bank. Mereka akan bernikah Ahad ini dalam satu majlis tertutup di sebuah masjid di Kuala Lumpur. Selamat pengantin baru Mangga Online ucapkan kepada bakal pengantin baru itu.

Majlis persandingan akan diadakan pada 4 Jun ini di kediaman keluarga Elly atau nama penuhnya Norsalwa Zakaria di Keramat, Kuala Lumpur.

Berseri di hari pertunangan.

Saya mendapat undangan daripada Elly yang kini bekerja di Plus Berhad. Sebenarnya Elly pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebelum bertukar kerjaya.

"Betul ke Che Li nak tulis berita pasal saya ni... saya bukannya artis, sekarang jadi orang terowong aja," kata Elly kepada saya. Tapi dia tahu namanya pernah jadi bahan berita ekoran penyertaannya dalam program Mencari Cinta dulu.

Bagaimana dan bila agaknya Elly dan RJ berjumpa?

"Saya dah kenal lama dah. RJ tu family friend. Bila dah jumpa balik tu lah yang menjadi tu," jelas Elly melalui BBM kepada saya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: