Marshanda
Sakit betul hati si pemanggil itu tadi, katanya sia-sia mengikut sinetron itu selama berbulan-bulan tetapi kesudahannya entah apa-apa. Walaupun si pemanggil itu berstatus suri rumah, tetapi dia jenis yang celik IT. Akibat tidak puas hati dengan kesudahan sinetron itu, dia pun carilah di laman YouTube, kot-kot ada insan baik hati yang memuat naik drama itu di laman berkenaan.
Susah payah katanya dia mengikuti drama dari seberang itu selama berbulan-bulan. Maklumlah drama Indonesia manalah main belas-belas episod. Sekali tayang berpuluh-puluh malah hingga ratusan pun ada. Jadi dia sakit hatilah apabila TV3 buat macam itu. Yang kasihan adalah makcik-makcik yang tidak tahu mengenai IT. Patutlah Cik Normah dengar emak Cik Normah pun bersungut kerana tidak faham penyudah drama itu, rupa-rupanya banyak yang dipotong. Kasihan Cik Normah kepada emak kerana dia memang peminat tegar drama berkenaan. Malah Cik Normah percaya makcik-makcik lain juga mesti berperasaan serupa.
Jadi kepada pihak TV3, lain kali kenalah beringat, jangan hampakan penonton anda. Ingatlah sikit, tanpa penonton setia, rating TV3 tidak akan setinggi sekarang, kan?
Jangan marah Cik Normah sebab Cik Normah cuma tolong sampaikan luahan peminat saja.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: