Thursday, May 26, 2011

Cetak terus menerusi telefon bimbit


KUALITI cetakan Pixma iX6560 sememangnya dikagumi dengan kelajuan cetakan sehingga 11.3 ipm.


REKAAN yang sederhana, berwarna hitam dan bergaya adalah ciri-ciri jelas rangkaian terbaru siri pencetak Canon Pixma semua dalam satu (AIO) yang dilancarkan baru-baru ini.

Sudah pun berada di pasaran tempatan, Pixma MX426 dan Pixma iX6560 menawarkan cetakan yang sesuai digunakan untuk dunia perniagaan dan mesra persekitaran kediaman.

"Sesuai dengan slogan Canon iaitu Tanpa Sempadan, model iX6560 mampu mencetak gambar dan dokumen secara terus daripada telefon pintar seperti iPad, iPhone, iPod dan peranti Android ke mesin pencetak," kata Pengarah Produk Pengguna Canon, Donny Ling.

Sementara MX426 pula dilengkapi dengan antena tanpa wayar WiFi dan port Ethernet, ia amat sesuai untuk penggunaan pejabat kecil.

Setiap produk keluaran Canon mesra alam dan bagi siri baru model pencetak itu, ia menggunakan 100 peratus bahan kitar semula selain mendapat sijil Energy Star untuk kecekapan guna kuasa.

Selain dua produk itu, siri model pencetak lain yang akan menjengah pasaran pada akhir Mei ini adalah Pixma MX886, MX416 dan MX366.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: